Tentera Rusia rampas kemudahan nuklear utama Ukraine

MOSCOW – Tentera Rusia telah mengambil alih kawasan sekitar Loji Tenaga Nuklear Zaporozhskaya, menurut Kementerian Pertahanan pada Isnin, beberapa hari selepas Moscow menawan kemudahan Chernobyl sehingga menyebabkan kenaikan paras radiasi.

“Pasukan tentera kami telah menguasai bandar Berdyansk, Energodar dan melindungi kawasan sekitar kemudahan nuklear utama tersebut,” kata jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral, Igor Konashenkov.

Menurutnya, kakitangan di kemudahan itu masih bekerja seperti biasa dan melakukan pengawasan untuk memastikan tidak berlaku peningkatan radiasi.



Sementara itu, rakaman video berdurasi dua minit dikeluarkan kementerian berkenaan menunjukkan kawasan sekitar kemudahan Chernobyl yang dikawal anggota bersenjatakan raifal dan dua lelaki berpakaian seragam tentera.

Jelas klip itu, keadaan di kemudahan yang pernah mencetuskan bencana nuklear terburuk pada 1986 adalah stabil dengan paras radiasi dipantau sekurang-kurangnya enam kali sehari. – Agensi

Tentera Rusia rampas kemudahan nuklear utama Ukraine




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker