Puad Zarkashi Menyerlah Selepas PRU14, Rengit Bertuah

Oleh Nurul Aishah

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dilihat semakin menyerlah kewibawaan beliau selepas Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14). Sebelum ini, beliau lebih fokus kepada kerja di lapangan tanpa terlalu mendedahkan diri di media sosial.

Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU-14, beliau begitu lantang bersuara dalam menyatakan kebenaran dan mengkritik salahlaku kerajaan Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN).



Berlainan dengan beberapa pemimpin tertinggi UMNO lain, yang dilihat “menikus” tunduk kepada PH dan PN.

Apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor, ramai yang gembira dan sangat berharap Puad akan dapat membawa pembaharuan dalam negeri tersebut yang merosot dari segi ekonomi dan pelaburan setelah dikuasai PH dan PN sebelum ini.

Puad Zarkashi berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada PRN Johor, 12 Mac depan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat ditentang calon daripada PKR, Khairuddin A Rahim yang memenangi kerusi DUN Senggarang pada PRU14.

Dua lagi calon bertanding di DUN Rengit ialah Mohd Huzair Lajis yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).



Hari ini Dato Dr Fathul Bahri ahli MKT UMNO turut bersama dalam program ziarah kasih di Kg Pt Mengkudu Rengit.

Kehadiran Puad Zarkashi di Rengit sememangnya sangat-sangat dialu-alukan oleh penduduk di sana kerana mereka tahu beliau seorang pemimpin yang sangat berwibawa.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker