Tony Pua menyerang Sekolah Foon Yew kerana dendam

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifat ‘serangan’ ahli parlimen DAP Tony Pua terhadap Sekolah Menengah Foon Yew, sebagai politik balas dendam dan ugutan.

Ini selepas Pua berkata pihak pengurusan sekolah itu perlu disingkirkan kerana tidak berintegriti selepas menyambut kehadiran Najib, yang telah disabit bersalah atas kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

“Inilah jenis politik dendam dan ugutan DAP yang angkuh yang semakin ditolak oleh rakyat termasuk masyarakat Cina.



“Niat jahat Pua membidas sekolah berprestij yang telah melahirkan ramai rakyat Malaysia terkemuka kerana memanggil penceramah mereka perlu disebut sebagai helah pilihan raya untuk mendapatkan sokongan.

“Tak kisahlah isu dia dengan saya sebagai musuh politiknya, serangan ahli parlimen Damansara itu terhadap sekolah ini – atau mana-mana sekolah – untuk memilih penceramah mereka sama sekali tidak wajar bagi mana-mana ahli politik dari mana-mana garis pun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 24 Feb, Najib berkunjung ke Sekolah Menengah Foon Yew di Seri Alam, Johor Bahru dan menyampaikan ucapan yang menggesa masyarakat Cina menyokong BN.

Najib meluluskan pembinaan sekolah itu pada 2013 semasa menjadi perdana menteri dan mengatakan dia berbuat demikian walaupun tidak dipersetujui menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin.



Najib juga meluluskan cawangan sekolah itu di Kulai semasa menjadi menteri pendidikan pada 1999.

Pengerusi Sekolah Menengah Foon Yew Tay Chin Hein mendakwa kunjungan itu atas permintaan Najib, dan pihak sekolah berterima kasih kepadanya dan enggan mencetuskan salah faham.

Namun Najib semalam mendakwa dia diundang ke sekolah itu.

Semalam, Pua membidas sekolah itu kerana menjemput “penyangak paling terkemuka di negara ini yang menyeleweng berpuluh-puluh juta ringgit wang pembayar cukai, dan seorang kleptokrat yang terkenal di dunia” untuk berucap di sekolah berkenaan.



Najib berkata tuduhan ahli parlimen Damansara terhadap lembaga sekolah itu tidak berasas dengan mempersoalkan siapa dia untuk menilai integriti lembaga sekolah persendirian Cina terbesar di negara ini.

“Apabila saya membuat keputusan untuk melawat Foon Yew Cawangan Bandar Seri Alam untuk melihat sendiri perkembangan sekolah ini, saya amat terharu dengan sambutan yang diterima di sekolah itu.

“Adakah salah untuk saya diminta untuk berkongsi sepatah dua kata dengan sekolah dan pelajar mereka dan melihat bagaimana keadaan sekolah selepas pembukaan tahun lepas?” soal Najib sebagai respons kepada kenyataan Pua.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker