Guna bahasa Melayu di acara rasmi, GAPENA sokong penuh

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) memberi sokongan penuh terhadap seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya bahasa Melayu digunakan dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.

Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, seruan tersebut dilihat bersesuaian bagi menjunjung kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

“GAPENA amat mengharapkan perwakilan rasmi Malaysia di peringkat antarabangsa khasnya pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan serta Konsulat Malaysia di seluruh dunia dapat memainkan peranan proaktif menyebar-luas proses pengantarabangsaan bahasa Melayu.



“Tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menuntut ketegasan supaya semua warganegara Malaysia fasih berbahasa kebangsaan, berikutan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak fasih walaupun ia merupakan bahasa kebangsaan.

“Di negara sendiri bahasa Melayu didaulatkan manakala di peringkat antarabangsa ia dimuliakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal Abdin berkata, keutamaan sekarang adalah usaha yang berterusan lagi berkesan mengantarabangsakan bahasa Melayu.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya mewujudkan Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berfungsi seperti British Council.



Malah, Jabatan Atace Pendidikan perlu diberi peranan untuk mempertingkat penyebaran tersebut, disamping diwujudkan jawatan guru bahasa di jabatan berkenaan.

Kelmarin, Ismail Sabri berkata, setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa akan menggunakan Bahasa Melayu.

Malah, beliau sendiri telah memulakan usaha itu apabila menggunakan Bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.

Guna bahasa Melayu di acara rasmi, GAPENA sokong penuh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker