FIFA singkir Rusia daripada Piala Dunia 2022

GENEVA: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa semua persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus serta pegawai mereka daripada saingan antarabangsa selepas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Beberapa jam selepas itu, badan induk bola sepak antarabangsa, FIFA menyingkirkan Rusia daripada saingan ke Piala Dunia 2022, manakala Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) turut menggantung skuad kebangsaan Rusia dan kelab negara itu daripada semua aksi antarabangsa.

“Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu dengan semua yang terkesan di Ukraine,” kata kenyataan dikeluarkan FIFA dan UEFA.

Sementara itu IOC, berkata metreka berdepan ‘dilema yang tidak boleh diselesaikan.’

“Ketika atlet dari Rusia dan Belarus boleh terus bertanding dalam acara sukan, ramai atlet Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang.

“Dalam usaha mempertahankan integriti kejohanan sukan global dan keselamatan semua peserta, IOC EB (majlis eksekutif) mencadangkan P7ersekutuan Sukan Antarabangsa dan penganjur acara sukan, tidak menjemput atau membenarkan atlet dari Rusia dan Belarus serta pegawai mereka menyertai kejohanan antarabangsa,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan. – AFP

FIFA singkir Rusia daripada Piala Dunia 2022

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker