Jokowi lebih bagus berbanding Joe Biden?

JAKARTA: Tahap kepuasan masyarakat negara ini terhadap prestasi Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan lebih baik berbanding kepuasan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap presidennya, Joe Biden.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Indikator Politik Indonesia, kepuasan rakyat terhadap Jokowi adalah sebanyak 71.4 peratus.

Pengarah Eksekutif Indikator Politik Indonesia, Burhanuddin Muhtadi berkata, skor itu menunjukkan Jokowi menjadi antara pemimpin paling bagus dalam kalangan pemimpin negara demokrasi di seluruh dunia.



“Menurut data Political Intelligence: Global Leader Approval Rating 2022, Biden hanya memperoleh tahap kepuasan rakyat sebanyak 42 peratus.

“Perdana Menteri India, Narendra Modi menjadi pemimpin negara demokrasi yang mendapat skor paling tinggi melibatkan tahap kepuasan rakyat iaitu sebanyak 72 peratus,” katanya kepada Liputan6.

Kedudukan itu diikuti oleh Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador (66 peratus), Perdana Menteri Itali, Mario Draghi (60 peratus), Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida (47 peratus) dan Biden (42 peratus).

Jelas Burhanuddin, rakyat Indonesia berpuas hati dengan prestasi Jokowi kerana keputusannya dalam membangunkan ekonomi rakyat dan negara, selain cara beliau menangani krisis Covid-19 yang disifatkan berkesan.



Namun, Burhanuddin memaklumkan, tahap kepuasan rakyat itu sedikit menurun berbanding November 2021 iaitu sebanyak 72 peratus.

Kaji selidik itu melibatkan semua penduduk Indonesia yang berusia atas 17 tahun dan sudah berkahwin.

Jokowi lebih bagus berbanding Joe Biden?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET




Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker