Tolak ICERD Capai Matlamat, Tahniah Zahid, Tahniah Hadi Awang

Perhimpunan aman menolak ICERD pada Sabtu, sebetulnya berjaya mencapai matlamatnya bila beratus ribu manusia membanjiri Dataran Merdeka demi menunjukkan bantahan kepada cadangan yang boleh menggugat perlembagaan negara kalau diteruskan.

Hakikat yang cuba dinafikan pihak regim.

Sekalipun ada kenyataan dari pejabat tertinggi regim untuk tidak meneruskan ratifikasi ICERD ini tapi siapa bodoh saja akan percaya kepada kata-kata golongan munafik ye tak?  Dah banyak perkara melibatkan begitu ramai manusia yang mereka tipukan, kenapa yang satu ini kita nak percaya pulak?

Itu antara persoalan yang dilemparkan ramai pengguna media sosial ketika menjawab persoalan pemimpin regim kenapa perlu diteruskan perhimpunan itu bila dah ada “jaminan” dibuat untuk tidak meneruskannya.

Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua pimpinan UMNO dan PAS yang telah berjaya menjadikan kehadiran ratusan ribu rakyat ke perhimpunan aman ini satu kenyataan.  Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hadi Awang telah membuktikan bahawa UMNO dan PAS memang kuat kalau bersatu.

Tahniah juga diucapkan kepada semua mereka yang hadir ke perhimpunan semalam kerana mengikut segala kehendak undang-undang seperti yang diminta penganjur.  Ternyata ada hikmah dari keputusan PRU14 yang lepas, dan perhimpunan ini membuktikannya.

Apakah hikmah itu?  Fikir sendirilah.

(sumber gambar: Malaysian Gazzette)

One thought on “Tolak ICERD Capai Matlamat, Tahniah Zahid, Tahniah Hadi Awang

  • December 15, 2018 at 5:59 am
    Permalink

    Hikmahnya….makin bebal tindakan tindakan yg diambil oleh penunggang gerombolan ketuanan melayu dan walauntaik belaan gerombolan, semakin banyak la gerombolan akan tanggung kerugian…..lepas balik berhimpun takkan kecoh nk tutup kedai kut? 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *