MUJAHID BODOH SANGATKAH SAMPAI TIDAK FAHAM AUDIT?

Tidak sampai seminggu selepas tohmahan terhadap pengurusan Tabung Haji (TH) yang lepas kononnya menyalahgunakandana Yayasan TH bagi tujuan politik, satulagi dakwaan dilemparkan.

Walaupun penjelasan lengkap saya berhubung tohmahan isu Yayasan TH masih gagal dijawab oleh pengurusan baharu TH, timbul pula tuduhan lain yang serius.

Saya terkejut dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kononnyapengurusan terdahulu telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995. Dengan kata lain TH dikatakan telah membayar hibah kepada pendeposit secara haram berjumlah RM12.652 bilion selama empat tahun berturut-turut sehingga 2017 mengakibatkan TH kekurangan RM 4.1 bilion.

Asas kepada tuduhan beliau adalah aset keseluruhan TH adalah lebih rendah iaitu RM70.3 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM74.4 bilion. Maka saya ingin tegaskan bahawa pengurusan TH terdahulu tidak melanggar akta berkenaan dan tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa.

Ini kerana YB Menteri tidak mengambil kira laporan Ernst &Young (EY) dalam menilai nilai realis aset keseluruhanmelibatkan anak syarikat, syarikatbersekutu, syarikat usahasama dan hartanah. Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata.

Bagi tahun 2015, nilai realis aset adalah RM64.7 bilion berbanding liabilititermasuk bayaran hibah berjumlahRM63.3 bilion yakni ada lebihan asetsebanyak RM1.4 bilion.

Nilai aset realis pada tahun 2016 adalahsebanyak RM69.1 bilion manakala agregatliabiliti setelah mengambil kira hibah 2016 adalah sebanyak RM68.4 bilion maka adalebihan aset ke atas liabiliti sebanyakRM701 juta.

Bagi tahun 2017, nilai aset realis adalahsebanyak RM74.7 bilion berbandingaggregat liabiliti termasuk bayaran hibah2017 sebanyak RM74.4 bilion maka adalebihan aset berbanding liabiliti sebanyakRM373 juta.

Berdasarkan laporan kewangan Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dibuat pada Ogos 2018 yang diberikan kepadasetiap Ahli Parlimen semalam, juga adaterkandung laporan EY yang menunjukkanaset TH melebihi liabiliti untuk ketiga-tiga tahun (2015, 2016, 2017).

Mengikut peruntukan seksyen 22(3)(a)Akta Lembaga Tabung Haji 1995, aset Kumpulan Wang tidak kurang daripadajumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta.

Sejak 2015 TH telah menilai semua aset pada nilai realis (nilai pasaran semasa) dan bagi tiga tahun yang lepas, berdasarkan laporan yang disahkan oleh firma audit luar, nilai aset tabung haji melebihi semua liabiliti. Untuk makluman, nilai realis aset adalah nilai pasaransemasa dan bukan nilai kos pelaburan asal.

Maka Tabung Haji telah membayar hibahmengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a)Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dantidak menyalahi sebarang undang-undang.

Penyata kewangan yang dibentangkan keParlimen setiap tahun belum mengambilkira kesemua aset pada nilai pasaranterkini kerana pelaburan dalam anaksyarikat, syarikat usahasama, syarikatbersekutu dan hartanah masih dinyatakanpada nilai kos asal.

Penilaian yang dinyatakan oleh YBM semalam berbeza daripada apa yang dibuat oleh TH, iaitu beliau tidakmengambil kira nilai pasaran terkini.

Apa yang dibuat oleh TH terdahulu adalah tidak salah kerana penilaian tersebutdisahkan oleh tetuan EY yang sangatprofesional dan beretika. Selain EY, laporan dan kedudukan kewangan TH telah disemak oleh Jabatan Audit Negara ( JAN) yang kemudian memperakukannyamelalui sijil bersih setiap tahun kepadaTabung Haji.

Perlu diingatkan bahawa badan berkanunmestilah tertakluk kepada Ketua AuditNegara dalam urusan dan pengesahanaudit. Ini jelas termaktub dalam AktaBadan Berkanun (Akaun dan LaporanTahunan 1980) sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 5(1) dan 5(2) serta Seksyen 6.

Sekalipun wujud perbezaan pandangan dan tafsiran mengenai dasar perakauanan dalam penilaian aset antara EY dan Price Waterhouse Coopers (PWC) seperti yang dirujuk oleh YB Menteri, akhirnya laporan muktamad adalah berdasarkan pengesahanJabatan Audit Negara.

Selain itu, pelbagai langkah lain turut diambil bagi memelihara kewibawaan danamanah termasuk penubuhan JabatanIntegriti di TH.

Berhubung keadaan pasaran saham merudum teruk pada tahun 2018, ia bukanlah kerana kelemahan pengurusan terdahulu tetapi disebabkan factor ekonomi luar dan dalam negara yang kesannya dirasai oleh semua agensi. Persoalannya apa pengurusan baharu TH telah lakukan untuk mengatasi cabaran dan keadaan ini. Berapakah keuntungan yang dijana sejak bulan Julai 2018?

Saya hairan mengapa YB Menteri dan pengurusan tertinggi TH yang baharu masih ghairah mahu mencari kesalahan pengurusan terdahulu sehingga sanggup melemparkan tohmahan dan memainkan sentimen liar. Adalah tidak bertanggungjawab bagi YB Menteri membuat kenyataan tanpa siasatan yang lengkap terlebih dahulu.

Janganlah asyik mengambil pendekatan menggunakanmedia bagi mengelirukan dan meresahkan rakyat terutamanya kepada 9.3 juta pendeposit TH. Saya tidak pasti apa sebenarnya masalah pengurusan TH sekarang tetapi saya sangat berharap TH dapat ditadbir dengan baik, bertindak secara objektif dan kompetitif.

Saya juga berharap pengurusan TH tidak akan menaikkan tambang bagi musim haji 2019 dengan mengekalkan subsidi sepertiyang dilakukan oleh kerajaan BN sebelumini bagi menjaga kepentingan bakal jemaah haji.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan TH atas komitmen dan kerja keras dalam memastikan para pendeposit menerimahibah terbaik daripada simpanan sertapelaburan mereka tanpa melanggarundang-undang.

Akhir sekali, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengurusan TH dan pihak berwajib termasuk bagi tujuan siasatan jikadiperlukan bagi menjaga kesucian dannama baik Tabung Haji yang selama inidiiktiraf oleh seluruh dunia.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
Mantan Pengerusi Tabung Haji
Ahli Parlimen Baling
11.12.2018

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker