Sanggup kejar ambulans, panik isteri hendak bersalin

SEORANG penunggang yang menaiki motosikal bersama isterinya menahan sebuah ambulans di Gatot Subroto, Jakarta baru-baru ini. – Foto @dramaojol.id/Instagram

Seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal sanggup menahan sebuah ambulans kerana panik isterinya hendak bersalin di sebatang jalan raya di kawasan Gatot Subroto, Jakarta baru-baru ini, lapor portal berita tribunmedan.com kelmarin.

Pada mulanya, motosikal yang ditunggang oleh si suami dan isterinya itu memotong ambulans tersebut dengan laju.

Si suami kemudian memberi isyarat meminta ambulans itu berhenti, menyebabkan pemandunya menghentikan kenderaan itu di tepi jalan raya yang sibuk.

Ketika kejadian, ambulans itu tidak membawa pesakit dan wanita mengandung itu dihantar ke klinik komuniti berhampiran.



Gelagat penunggang motosikal itu dirakamkan menerusi papan pembuka kenderaan tersebut dan ia kemudian menjadi tular selepas dimuat naik di laman Instagram @dramaojol.id.  – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker