Qari Malaysia dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan kategori qari al-Quran Peringkat Antarabangsa, malam ini.

Qari dari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, dinobat sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445 H / 2023 M yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini malam ini.

Beliau merupakan qari bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan.

Muhammad Qayyim yang juga johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini, memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus

Sara Belmamoun dari Maghribi pula dinobatkan sebagai johan tilawah kategori qariah, manakala ditangga kedua disandang Rauddah Supian (Indonesia) dan ketiga, Sabaha Pato Salik (Filipina).



Sementara itu, Omar Toure dari Guinea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria dinobatkan sebagai johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita.

Semua pemenang membawa pulang hadiah Tajaan Emas Sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai dari kerajaan, piala iringan dan sijil.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker