Dua suspek tetak, samun peniaga ditahan

Dua suspek tetak, samun peniaga ditahan

SUNGAI PETANI – Polis menahan dua lelaki pada petang semalam kerana disyaki menetak seorang peniaga dan melarikan telefon bimbit dalam kejadian samun di Taman Seruling di sini, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd. Rahman berkata, dua suspek berusia 18 dan 34 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di sini pada pukul 6.30 petang.



“Suspek pertama berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Taman Ria Jaya bersama motosikal jenis Honda EX5 yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Sementara suspek kedua ditahan di bawah sebuah blok Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Paya Nahu dan kita turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil soal siasat awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tetak dan melarikan telefon bimbit milik mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan,” ujarnya. K Online



Dua suspek tetak, samun peniaga ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter



Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker