Polis cari empat lelaki baling batu, kayu di lebuh raya

 

Batu yang didakwa dibaling ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Senawang- Seremban di kilometer 253.3 di sini, Isnin lepas.

SEREMBAN – Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki membaling kayu dan batu ke arah kenderaan yang melalui Lebuhraya Senawang- Seremban di kilometer 253.3 di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ia susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 32 tahun yang menyatakan cermin hadapan lori miliknya dibaling objek berkenaan semasa melalui lebuh raya tersebut.

“Suspek dipercayai empat orang lelaki melarikan diri ke arah semak berdekatan lebuh raya berkenaan.



“Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 akibat kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya,orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Parthiban, ditalian 019-6513114 atau Ibu Pejabat Polis daerah Seremban (IPD)Seremban 06-6033222.

Pada Selasa, satu video berdurasi 52 saat tular di media sosial memaparkan keadaan sebuah lori yang mengalami kerosakan di bahagian cermin hadapan.

Turut kelihatan dalam video tersebut objek dipercayai batu, selain perakam juga menunjukkan lokasi suspek melarikan diri sebaik melakukan perbuatan tersebut.



Rakaman berkenaan kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook antaranya mendakwa pernah berdepan kejadian sama.

“Betul, saya pernah kena waktu malam,nasib kena body (badan) kereta, kalau kat cermin tak memasal masuk wad,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna pula meluahkan rasa marah berikutan perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Kalau motor yang lalu tadi, tak ke naya (aniaya) orang tu.. mahu jatuh ish,” tulisnya disertai emoji marah.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker