Lelaki miliki rekod jenayah maut ditembak dalam kedai

Seorang lelaki maut ditembak oleh dua lelaki di dalam sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian daripada seorang lelaki yang datang ke kaunter pertanyaan Balai Polis Bandar Sunway pada jam 1.35 tengah hari.Bagaimanapun, katanya, setibanya pihak polis di tempat kejadian, mangsa berusia 32 tahun yang memiliki rekod lampau berkaitan jenayah samun dan curi didapati terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan.”Hasil siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki disyaki tiga orang suspek yang tidak dapat dipastikan bangsa telah masuk ke dalam premis perniagaan tersebut.”Dua daripadanya telah bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Akibat kejadian itu katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sampai di Hospital Serdang.

Wan Azlan berkata, pihak forensik yang hadir ke tempat kejadian telah menemukan dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru, dua swab darah dan sepasang selipar di tempat kejadian.

“Polis masih lagi menyiasat penglibatan mangsa dalam kegiatan kongsi gelap dan masih menunggu proses bedah siasat untuk menentukan kecederaan,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.



Sehubungan itu kata beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil memberikan kerjasama.

Jelasnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya di talian 03-78627100 atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606.

Tegas beliau, segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker