Pas tapis usul ke Muktamar

Pas tapis usul ke Muktamar

Pas akan menapis dan menilai terlebih dahulu setiap usul sebelum membuat keputusan sama ada ia sesuai dibincangkan pada Muktamar parti itu yang bakal berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 22 hingga 24 November nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut akan dilakukan oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang telah dilantik oleh Pas Pusat.



“Semua usul yang diangkat kepada Pas Pusat akan ditapis oleh jawatankuasa ini. Mungkin diterima, mungkin ditolak. Ada yang diterima tanpa bahas dan ada juga diterima dengan perbahasan.

“Semua ini kita belum tahu lagi setakat ini. Biasanya keputusan Jawatankuasa Penapis Usul ini akan dibentangkan lebih dahulu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa ziarah rutin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat masih belum berjalan dan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai usul-usul yang sudah diputuskan untuk dibahas atau sebaliknya pada Muktamar nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, Pas Kelantan tidak membawa sebarang usul ke Muktamar pada kali ini.



Media sebelum ini, melaporkan lima jawatan tertinggi Pas iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Ke-69.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden menarik diri. Utusan

Pas tapis usul ke Muktamar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker