Penjenayah letup ATM, larikan wang

Penjenayah letup ATM, larikan wang

KLANG – Dua penjenayah bertindak meletupkan sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di dalam sebuah kedai serbaneka sebelum melarikan sejumlah wang dalam kejadian di pekan Meru di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku antara pukul 3 hingga 4 pagi itu dengan suspek telah memecah masuk premis berkenaan menerusi pintu hadapan.



Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, perkara itu disedari seorang pekerja yang mahu membuka kedai berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

“Pada waktu itu, pintu utama kaca premis berkenaan dilihat sudah pecah manakala mesin ATM turut rosak.

“Ketika kejadian, kedai itu tidak beroperasi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dengan pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 4.50 pagi.



Ujarnya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua penjenayah memecahkan mesin ATM dengan menggunakan bahan letupan.

Katanya, jumlah wang yang dilarikan dan nilai sebenar kerugian belum dapat dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. K Online

Penjenayah letup ATM, larikan wang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker