Kes HFMD di Kedah tunjuk peningkatan ketara

Kes HFMD di Kedah tunjuk peningkatan ketara

ALOR SETAR – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini pada tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dengan jumlah kumulatif sebanyak 1,016 kes dicatatkan setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, jumlah kes tersebut meningkat 46.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19.



“Pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-18 iaitu pada 1 Mei hingga 7 Mei lalu, Kedah mencatatkan sebanyak 102 kes HFMD.

“Bilangan kes tertinggi didaftarkan di daerah Kuala Muda sebanyak 29 kes dan diikuti Kota Setar (22 kes) dan Padang Terap (17 kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, selain peningkatan kes, sebanyak 26 wabak juga dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

“Trend peningkatan kes HFMD di negeri Kedah pada tahun ini amat ketara bermula pada ME ke-13 dan telah melebihi paras ambang epidemik,” ujarnya. HM



Kes HFMD di Kedah tunjuk peningkatan ketara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker