Ketua Wira Pusat Warisan letak jawatan, keluar parti

Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan), Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan serta keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

Turut dilepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan.

Dalam pengumuman yang dibuat melalui surat rasmi kepada Setiausaha Agung Warisan itu, Ismail menjelaskan tindakannya itu dilakukan kerana mahu berehat seketika daripada politik serta memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaan dimilikinya.



“Selaku Ketua Wira Pusat merangkap Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan saya dengan ini meletakkan kesemua jawatan serta keluar daripada parti bermula daripada surat ini diterima disebabkan saya ingin berehat sementara daripada politik dan menumpukan sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan saya pada masa ini,” ujarnya.

Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman dan Setiausaha Agung Warisan atas peluang dan tunjuk ajar yang diberikan kepada dirinya sepanjang berada di dalam Warisan.

“Jutaan terima kasih juga saya rakamkan buat Datuk Mohd Aziz Jamman kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam politik dan mengangkat nama saya sepanjang saya berada dalam Parti Warisan,” katanya.

Untuk rekod, Ismail mula menyertai Warisan pada tahun 2016 sebagai Naib Ketua Wira Pusat penaja sebelum diangkat menjadi Ketua Wira Pusat dan Ketua Bahagian Kinabatangan pada tahun 2022. – Awani



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker