Lelaki Cedera Tercampak Keluar Dari Kereta Terlibat Nahas Kemalangan

Lelaki Cedera Tercampak Keluar Dari Kereta Terlibat Nahas Kemalangan

ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandunya selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya di Mergong, dekat sini hari ini,

Kejadian pada jam 6.30 pagi itu berlaku selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori syarikat pembersihan berhampiran sebuah pasar raya.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 pagi sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kereta terbabit sedang terbakar keseluruhan kenderaan dan tindakan awal dilakukan Komander Operasi memadam kebakaran terlebih dahulu.

“Ketika itu mangsa yang cedera berada di bahu jalan telah diselamatkan orang awam dan anggota EMRS memberi rawatan awal,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun itu kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.



Katanya, kenderaan itu terbakar 90 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan.-AA

Lelaki Cedera Tercampak Keluar Dari Kereta Terlibat Nahas Kemalangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker