Lelaki ceroboh bilik hotel di Kota Bharu positif dadah

Lelaki ceroboh bilik hotel di Kota Bharu positif dadah

SEORANG lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan selepas dipercayai menceroboh bilik tetamu di sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, tetamu hotel itu yang merupakan seorang lelaki berusia 50-an bersama keluarganya keluar dari bilik penginapan mereka kira-kira pukul 5 petang.



Menurutnya, semasa pulang ke hotel pada pukul 10.30 malam, pintu bilik penginapan mereka tidak dapat dibuka sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak hotel.

“Selepas pintu bilik berjaya dibuka, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang tidak dikenali didapati berada di dalam bilik penginapan keluarga berkenaan.

“Suspek telah ditangkap dan siasatan mendapati lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain dan bukan di hotel berkenaan. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah.



Menurutnya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan boleh tampil membantu siasatan kes tersebut.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Terdahulu, tular video di media sosial yang dikongsi pengguna yang memaparkan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik tetamu sebuah hotel di sini.

Di dalam video itu, keluarga tersebut dilihat memarahi suspek selepas mereka terkejut melihat lelaki tersebut ada di dalam mereka. E9



Lelaki ceroboh bilik hotel di Kota Bharu positif dadah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker