Gempar ‘ketukan’ dari dalam keranda

Gempar ‘ketukan’ dari dalam keranda

Lima: Seorang wanita yang dianggap meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas mengetuk kerandanya pada majlis pengebumian yang berlangsung di hadapan ahli keluarga yang sedang bersedih.

Rosa Isabel Cespedes Callaca secara tidak sengaja disahkan meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lambayeque, Peru.



Kemalangan di jalan di wilayah Chiclayo-Picsi itu mengorbankan abang iparnya manakala tiga anak saudara parah.

Rosa dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan pada Selasa lalu, tetapi dia ‘mengganggu’ majlis itu dengan bunyi ketukan dari dalam keranda.

Saudara mara yang sedang mengangkat keranda ketika itu, segera menurunkan ia, membuka penutup dan melihat Rosa masih hidup.

Penjaga tanah perkuburan, Juan Segundo Cajo berkata, “Rosa membuka matanya dan kelihatan berpeluh. Saya terus ke pejabat untuk menghubungi polis.”



Ahli keluarga Rosa kemudian membawa wanita itu bersama keranda terbabit ke Referential Hospital Ferrenafe di Lambayeque.

Pasukan perubatan memberi rawatan segera dan bantuan pernafasan kepada Rosa, namun malangnya wanita itu meninggal dunia beberapa jam selepas itu.

Ahli keluarga yang sedih dengan kejadian berlaku menuntut penjelasan ketua penjagaan kesihatan mengenai bagaimana Rosa boleh disahkan meninggal dunia ‘pada kali pertama’.

“Kami ingin tahu mengapa anak saudara saya boleh memberi reaksi demikian ketika kami membawanya untuk dikebumikan.



“Kami ada video yang menunjukkan Rosa menolak dan memegang keranda,” katanya kepada media tempatan yang dilapor The Sun.

Saudara mara Rosa percaya wanita itu hanya koma selepas kemalangan, yang menjelaskan mengapa doktor boleh tersalah sangka dia mati.

Polis Peru kini menyiasat insiden mengejutkan terbabit. HM

Gempar ‘ketukan’ dari dalam keranda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker