Naluri, nafsu saya masih lelaki tetapi penampilan saja perempuan
Naluri, nafsu saya masih lelaki tetapi penampilan saja perempuan
Pasir Mas: “Naluri dan nafsu saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja ke arah perempuan terutama daripada segi pemakaian,” kata individu hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink, 35.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penampilannya yang berambut panjang dan bersolek ketika majlis sambutan ulang tahun perkahwinan bersama pasangannya, Yana, 29, yang bertemakan majlis persandingan.
Bapa empat anak itu berkata, berpenampilan feminin itu sebenarnya sudah menjadi minatnya sejak dulu lagi.
“Saya mula perlahan-lahan tonjolkan diri yang sebenar selepas berhenti berkhidmat sebagai penjawat awam selama 12 tahun pada 2015 lalu.
“Naluri dan nafsu saya masih lelaki tetapi hanya penampilan saja yang ke arah perempuan terutama dari segi pemakaian manakala bersolek pula hanya jika ada majlis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, perkongsian sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu di TikTok mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih 3.3 juta kali setakat ini.
Mengulas lanjut, Abe Pink berkata, dia tidak terkejut dengan perkongsiannya tular baru-baru ini disebabkan penampilannya yang menyerupai wanita.
“Tahun lalu pernah viral mengenai minat saya suka pakai baju wanita dan terima banyak kecaman. Jadi, kali ini saya lebih tenang dan anggap ia perkara biasa. Saya terima saja semua pendapat netizen sama ada positif atau negatif terutama bab hukum agama,” katanya.
Yana dan Abe Pink. FOTO ihsan pembaca
Yana dan Abe Pink. FOTO ihsan pembaca
Ditanya mengenai penerimaan isterinya, Abe Pink berkata, dia berterima kasih dengan Yana kerana memahami minatnya itu.
“Saya boleh katakan isteri saya ini seperti satu dalam sejuta, dia tidak menyokong sepenuhnya kecenderungan saya itu tetapi sentiasa berada di sisi sama ada susah mahupun senang.
“Dia tahu diri saya kini dalam keadaan yang sukar dan jika isteri pilih tinggalkan mungkin saya akan menyimpang lebih jauh lagi,” katanya.
Sementara itu, Yana berkata, dia menerima penampilan suaminya itu dan berharap warganet dapat mendoakan perubahannya.
“Awalnya tidak boleh terima, tetapi memikirkan dia adalah suami saya jadi perlahan-lahan biasakan diri.
“Lagipun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada saya dan anak-anak. Manusia boleh berubah kerana itu saya sebagai isteri hanya bersabar dan tidak pernah putus berdoa,” katanya.
Diminta mengulas mengenai sambutan berkenaan, Abe Pink berkata, pemilihan majlis persandingan lengkap dengan busana pengantin dan pelamin pada ulang tahun perkahwinan ketujuh bersama isterinya itu sebenarnya hanya kebetulan.
“Sepatutnya 8 Februari lalu hari ulang tahun kami tetapi tidak dapat meraikannya disebabkan wabak Covid-19.
“Kebetulan Isnin lalu ada penggambaran untuk produk saya jadi alang-alang itu saya buat majlis kecil-kecilan sambut sekali hari ulang tahun kami bersama kenalan lain,” katanya yang juga pengasas produk makanan tambahan, Hommes Beauty. HM
Naluri, nafsu saya masih lelaki tetapi penampilan saja perempuan
Baca Artikel Menarik :
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti