Bayi baru lahir maut ditikam ibunya

Bayi baru lahir maut ditikam ibunya

CUKAI: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditemui mati dipercayai ditikam ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah Kemaman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata siasatan polis mendapati bayi yang cukup sifat itu cedera di bahagian dada kiri dan dipercayai ditikam dengan objek tajam .



Beliau berkata, ketika kejadian ahli keluarga mangsa tiada di rumah dan siasatan awal polis percaya bayi terbabit ditikam oleh ibunya yang berusia 15 tahun itu.

“Suspek dikatakan meminta bantuan daripada rakan sebelum rakannya itu menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan berhubung kelahiran bayi berkenaan.

“Kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia dan terdapat kesan luka dipercayai kesan tikaman di dada bayi terbabit,” katanya.

Hanyan berkata, kakitangan kesihatan terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis kira-kira jam 10 pagi tadi.



“Polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum kita menahan Ibu bayi terbabit untuk siasatan lanjut.

“Mayat bayi terbabit kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti lelaki yang dipercayai merogol kanak-kanak berusia 15 tahun itu dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan. BH

Bayi baru lahir maut ditikam ibunya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker