Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]

“Saya mahu berkhidmat untuk negara.”

Ini jawapan Chan Ming Youn ketika ditanya seorang pegawai kanan tentera kenapa dia menyertai tentera.

Chang antara yang berjaya menamatkan latihan asas komando selama 12 minggu.



Dalam video yang dikongsi oleh Tentera Darat Malaysia, Chan, ketika disoal pegawai itu, berkata dia berasal dari Setapak, Kuala Lumpu, dan memiliki ijazah perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah menganugerahkan beret hijau dan pisau komando kepadanya..

“Kita tidak ada (komando dari kalangan orang) Cina lama dah,” katanya sambil menepuk bahu Chang dan mengucapkan tahniah.

Dalam temu bual kemudian, Chan, yang gembira dengan kehadiran ibu bapanya pada majlis itu berkata dia adalah anggota pasukan simpanan Askar Wataniah 515.



@utusantvofficial

29 APR 24: Menerusi video yang dikongsikan Berita Tentera Darat Malaysia, Ming Youn berjaya dianugerahkan beret hijau dan pisau komando selepas mengharungi pelbagai peringkat latihan selama 12 minggu. Upacara penganugerahan beret hijau dan pisau komando kepada pemuda berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu disempurnakan Panglima 21 GGK merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #komando #anakcina #cina

♬ original sound – MisterBigT – SAP – 805

“Saya tidak ada pengetahuan pun tentang komando. Mula saya berkhidmat dalam 515 Askar Wataniah di situlah pijak dalam dunia ketenteraan ini.



“Saya dapatlah sikit ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang dunia ketenteraan.

“Selepas itu saya dikenalkan dengan komando.

“Jadi saya hendak cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun asal saya anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker