Hilang tiga hari, lelaki ditemukan mati dalam parit

Anggota bomba membawa mengangkat mayat Nazrul yang ditemui mati dalam parit, di Batu Pahat

Batu Pahat: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui mati dalam parit di Taman Wira Jaya, dekat Parit Lapis Sempadan, di sini, hari ini.

Mayat Nazrul Ajis, 21, ditemukan penduduk kampung bersama motosikalnya, kira-kira jam 11.45 pagi.

Kembarnya, Fazrul, berkata adiknya yang menghidap sawan itu dikatakan keluar rumah sejak Khamis lalu sebelum gagal dihubungi dan usaha mengesannya juga tidak berhasil..

“Sehingga sekitar jam 11.45 pagi tadi, kami mendapat panggilan mengenai penemuan mayat berserta motosikal dalam parit itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mayat mangsa ditemukan dengan lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang.

“Sepasukan bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohd Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya.

“Berdasarkan keadaan mayat ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada sehari,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker