Ahli Majlis Perbandaran Jempol ditahan pukul adik OKU

Ahli Majlis Perbandaran Jempol ditahan pukul adik OKU

Seorang Ahli Majlis Perbandaran Jempol ditahan kerana memukul adik kandungnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata, pihak polis telah menerima maklumat awam mengatakan mangsa seorang OKU telah dipukul oleh abang kandungnya pada jam 3 petang hari itu.



“Bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah pergi ke rumah mangsa untuk menjalankan siasatan berkenaan satu kes selisih faham yang melibatkan abang kandung mangsa dengan seorang lelaki India pada 26 Ogos.

“Mangsa mengatakan telah dipukul dengan menggunakan objek dan dicucuh dengan api. Terdapat kesan cedera pada bahagian perut dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan doktor dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai sepuluh tahun atau denda, atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.



“Tertuduh juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan pemenjaraan bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum kerana telah menyebabkan kecederaan ke atas seorang dewasa yang kurang upaya atau ahli keluarga lain,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Katanya, polis memohon kerjasama semua pihak yang mempunyai pengetahuan atau maklumat berkenaan kes ini untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan yang dijalankan. FMT

Ahli Majlis Perbandaran Jempol ditahan pukul adik OKU




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker