33 hari Mat Kilau cecah RM90 juta
33 hari Mat Kilau cecah RM90 juta
Filem epik mega, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena terus melonjak apabila jualan tiket meraih RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei.
Berkongsi data terbaru jualan tiket, pengarah, Syamsul Yusof berkata, filem Mat Kilau menjadi filem pecah panggung dengan kutipan tertinggi bagi kategori tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game.
Anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu juga menangis tanda kesyukuran.
“Semua berlaku dengan izin Allah SWT. Air mata syukur… tiada kata melainkan Alhamdulillah.
“Saya dan seluruh produksi amat terharu dengan pencapaian terkini. Mengejutkan juga karya ini terus menjadi filem nombor satu dalam carta ‘box office’ mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood,” katanya kepada BH Online.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berterima kasih kepada penonton yang masih memberi kepercayaan pada karya kali ini dan semua filem arahannya.
“Sejak filem pertama sehingga sekarang, sokongan penonton tidak berbelah-bahagia. Insya-Allah, moga saya terus diberi ilham untuk pengarahan filem akan datang.
“Sudah terbukti beberapa kali, jadi karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri.
“Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, kita bersatu demi sama-sama memajukan industri seni Malaysia,” katanya.
Sejak ditayangkan 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui Datuk Adi Putra yang menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau ini terus menjadi pilihan ramai.
Malah, jadual tontonan di setiap pawagam masih penuh.
“Kebiasaannya pawagam akan tayang sesebuah filem selagi ada penonton. Lazimnya, tayangan filem di pawagam akan berkurangan. Cuma, setakat ini, tayangan filem Mat Kilau masih ada lebih lima slot masa di setiap pawagam.
“Ada filem yang mendapat sambutan hebat ditayangkan sampai dua bulan,” katanya.
Selain Adi, filem Mat Kilau turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).
Tidak ketinggalan, Datuk Rahim Razali, Nam Ron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga. BH
33 hari Mat Kilau cecah RM90 juta
Baca Artikel Menarik:
- Ismail PM jaga kerajaan, Zahid Presiden jaga parti, tiada syak wasangka
- Pramugara temui kepala ular dalam makanan ketika penerbangan
- Tokoh korporat Melayu, Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia
- PAS mahu perintah Kedah bersendirian – Hadi
- Tikam belakang, tutup pintu rakan tinggalkan BN – Tok Mat
- Tommy sudah pastikah bukan waris Kesultanan Sulu serang Malaysia – Najib
- Signal PRU15 akan diberikan kepada PM Ogos ini – Tok Mat
- Warga emas berjudi tepi bendang
- Setiap 5 Minit Budak Lelaki Ini Muntah, Doktor Buntu Tak Jumpa Penawar Sakit Misteri
- Lelaki reda isteri meninggal dunia 2 hari selepas berkahwin
- Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan
- Lelaki minta malaikat Jibril turunkan wang dari langit biayai pembinaan masjid
- Tanah Kubur Tutup Rezeki Kedai – DSV/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman
Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan