Pecah amanah lebih RM350,000, ibu tunggal mengaku tak salah

BUTTERWORTH: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 29 pertuduhan pecah amanah harta syarikat berjumlah lebih RM350,000 antara 2021 hingga tahun ini.

M Vijairani, 44, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, Vijairani yang ketika itu bekerja sebagai pentadbir eksekutif di sebuah syarikat keselamatan didakwa telah melakukan pecah amanah iaitu dengan menyalahguna harta syarikat berkenaan antara 24 April 2021 hingga 25 Mei 2023.



Semua kesalahan dilakukan di syarikat berkenaan yang beralamat Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih Perai, Seberang Perai Tengah di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaidi Wan Abdul Razak yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kes berkenaan serius dan melibatkan jumlah yang besar.

Namun peguam tertuduh G Shanmugam memohon mahkamah memberikan jaminan rendah memandangkan anak guamnya adalah ibu tunggal dan mempunyai tanggungan dua orang anak berumur 10 dan 11 tahun serta ibu berusia 74 tahun dengan pendapatan bulanan RM1,900.



Zulhazmi kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM87,000 untuk semua pertuduhan dengan dua orang penjamin yang berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas selain memberikan syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 24 Jan depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram



Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker