Beli SUV Mazda kerana jimat kos – SUK Terengganu

Beli SUV Mazda kerana jimat kos – SUK Terengganu

Pembelian 10 kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda untuk kegunaan rasmi menteri besar dan barisan exco Terengganu diluluskan dalam belanjawan negeri tahun lalu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal.

Tengku Farok berkata, keputusan membeli SUV itu bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan negeri juga mampu menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan lama.



“Setakat ini, SUV yang dibeli pada Mei lalu belum lagi diagihkan, termasuk kepada barisan exco.

“Pembelian kenderaan ini tidak perlu dipolitikkan kerana ia diluluskan melalui bajet tahun lalu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai gambar tular yang menunjukkan beberapa kereta SUV jenis Mazda yang dikatakan bakal digunakan oleh menteri besar dan barisan exco Terengganu.

Tengku Farok berkata, pembelian kenderaan tersebut diluluskan bersama beberapa kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan Jabatan Perhutanan negeri.



Katanya, sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan termasuk untuk kegunaan exco negeri.

“Ketika kerajaan negeri terdahulu, berlakunya pembelian kenderaan rasmi baharu bagi menggantikan kenderaan lama bagi menjimatkan kos penyelenggaraan,” katanya. FMT

Beli SUV Mazda kerana jimat kos – SUK Terengganu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker