Kalau tidak setuju MoU, Malaysia boleh batalkan – Duta Besar Indonesia


Kalau tidak setuju MoU, Malaysia boleh batalkan – Duta Besar Indonesia

Indonesia bersikap ‘berlapang dada’ sekiranya Malaysia berhasrat membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara berhubung pengambilan dan perlindungan pekerja negara itu termasuk Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) ke Malaysia April lalu.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata ini kerana MoU terbabit tidak dihormati, berikutan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi Malaysia.

“Perkaranya mudah sahaja, MoU yang ditandatangani wajar dihormati, lebih-lebih lagi membabitkan dua negara serumpun, malah segala maklumat dan butiran mengenai perjanjian dinyatakan dalam MoU berkenaan.



“Kalau tidak bersetuju dari awal sepatutnya tidak perlu diadakan MoU itu, tidak perlu ada majlis tandatangan, kerana ia seolah tidak menghormati Presiden Indonesia, Joko Widodo yang hadir menyaksikannya begitu juga

Perdana Menteri Malaysia, yang perlu terbang hingga ke Jakarta pada akhirnya penjanjian dilanggari, ia hanya membuang masa.

“Kalau tidak bersetuju, terminate (batalkan) sahaja, boleh tulis surat untuk batalkan perjanjian itu, serah pada kedutaan dan kita akan sampaikan kepada pemerintah… itu tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak semalam berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi MoU.



Mengulas lanjut, Hermono berkata, menerusi MoU dimeterai juga sudah dinyatakan secara terperinci penggunaan sistem tunggal terbabit dengan objektif utama bertujuan melindungi pekerja dari sebarang penganiayaan termasuk tidak dibayar gaji.

“Sistem SMO yang terus digunakan yang mana membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja adalah satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana terdedah kepada risiko kerja secara paksaan.

“Jadi kerajaan Indonesia memutuskan pembekuan itu selepas sesi perundingan maya antara saya bersama pegawai kementerian luar dan kementerian tenaga kerja Indonesia kelmarin, semua negara pastinya mahu memastikan rakyat mereka yang bekerja di negara lain terjaga keberadaan dan kebajikan mereka,” katanya.

Beliau berkata, sistem tunggal OCS seperti dipersetujui itu siap untuk dilaksanakan pihak Indonesia untuk diintegrasikan dengan sistem di Malaysia.



“Mungkin ada perkara yang belum dapat diselesaikan atau dipersetujui antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri hinggakan sistem SMO masih terus digunakan.

“Bagi pihak Indonesia, kami berpegang kepada MoU itu, patuh perjanjian, kami sedia hantar pekerja ke negara ini,” katanya.

April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia berhubung pengambilan PDI.

MOU PDI itu mengandungi empat elemen utama antaranya menggunakan hanya satu saluran tunggal kemasukan PDI atau OCS, menggunakan konsep One Maid One House dan kos ditetapkan pada kadar maksimum RM15,000.



Selain itu, gaji permulaan PDI ditetapkan RM1,500 bersamaan dengan kadar gaji minimum semasa negara. BH

Kalau tidak setuju MoU, Malaysia boleh batalkan – Duta Besar Indonesia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker