Bapa tembak isteri, anak selepas hubungan sulitnya terbongkar

PRAYOON (bergari) ditangkap selepas menembak isteri dan anak lelakinya di Song Phi Nong semalam. – Foto Amarin TV

BANGKOK  – Seorang lelaki menembak isteri dan anaknya selepas mereka mengetahui tentang hubungan sulitnya dengan seorang wanita lain di daerah Song Phi Nong, wilayah Suphan Buri, lapor portal berita Thaiger.

Kedua-dua mangsa dalam keadaan kritikal selepas ditembak oleh lelaki tersebut yang dikenali sebagai Prayoon dan  berusia 64 tahun, petang semalam.

Polis menemui Prayoon duduk di dalam rumah mereka dengan sepucuk pistol berada di tangannya sebelum dia ditangkap.

Dia menembak isterinya, Chutima yang berusia 61 tahun dan anak lelakinya, Narongdate yang berumur 32 tahun. Kedua-dua mangsa  dihantar ke hospital oleh seorang jirannya sebelum ketibaan polis.



Chutima juga mengetahui bahawa suaminya menghantar sejumlah wang kepada wanita simpanannya yang tinggal di wilayah tersebut.

Prayoon berdepan tuduhan cuba membunuh dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara 15 tahun hingga 20 tahun. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker