Harimau muncul di ladang kelapa sawit di Sungai Siput dalam posisi mahu menerkam

SUNGAI SIPUT – “Saya berlari sekuat hati dengan badan menggeletar. Harimau itu betul-betul dalam posisi untuk menerkam”.

Demikian cerita Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazalim, 22, yang terserempak seekor harimau belang ketika memancing di sebuah kolam di ladang kelapa sawit di Taman Dovenby Fasa 2, di sini hari ini.

Menurut Muhammad Luqman Haqim, kejadian sekitar pukul 2 petang itu berlaku ketika dia baharu sahaja tiba di kolam berkenaan sebelum dikejutkan bunyi ngauman harimau dari arah belakang.



Katanya, sebaik sahaja menoleh ke belakang, dia terperanjat apabila melihat seekor harimau berada di pangkal pokok kelapa sawit pada jarak tiga meter.

“Saya lihat haiwan itu seakan-akan mahu menyerang. Ketika itu, saya cuba bertenang dan perlahan-lahan berundur bagi menjarakkan diri.

“Selepas yakin keadaan selamat, saya berlari sekuat hati ke kuil berhampiran. Dalam keadaan cemas itu, saya minta bantuan orang ramai untuk hubungi pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya yang bekerja di sebuah kilang, kolam tersebut bukan lokasi asing untuknya kerana biasa dikunjungi sejak kecil.



“Saya bersyukur kerana terselamat. Tidak tahulah apa akan terjadi jika tidak sempat menyelamatkan diri. Saya rasa, mungkin tidak akan datang lagi ke sini, rasa betul-betul trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd. Jamalludin Mat Yusop berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 2.12 petang.

Katanya, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dengan menjalankan pemantauan secara berkumpulan selain mengambil gambar tapak kaki haiwan dipercayai harimau.

“Maklumat berkaitan penemuan itu telah pun disalurkan kepada pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.



Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk kawalan di lokasi kejadian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker