PRU15: Pengundi bukan Melayu kurang teruja, ambil sikap tunggu dan lihat

SHAH ALAM – Keterujaan pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina untuk keluar mengundi pada 19 November ini dilihat tidak begitu ketara berbanding fenomena gelombang segmen itu berpartisipasi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018.

Pengarah Akademik Huayan Centre for Malaysian Chinese Studies, Profesor Madya Dr Chang Yun Fah berkata, meskipun kaji selidik pihaknya mendapati 80 peratus pengundi Cina dijangka akan keluar mengundi pada PRU15, pusingan pertama kempen pilihan raya yang bermula sejak 5 November lalu lebih menunjukkan indikasi segmen itu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Jelas beliau, hal ini kerana majoriti pengundi bukan Melayu masih terkesan dengan implikasi krisis ketidakstabilan politik yang timbul pasca PRU14, meskipun kelompok itu sudah memberikan komitmen sepenuhnya untuk menukar kerajaan dengan menyokong Pakatan Harapan (PH).



“Sejujurnya, keseluruhan momentum kempen PRU15 termasuk keterujaan pengundi bukan Melayu untuk balik mengundi masih ‘sejuk’ dengan mereka masih mengambil sikap tunggu dan lihat, terutama segmen pengundi tinggal di luar negara dan luar daerah mengundi.

“Mereka masih menilai sama ada berbaloi untuk mereka menghabiskan wang dan mengorbankan waktu cuti semata-mata untuk pulang mengundi kerana kelompok ini bimbang insiden wakil rakyat lompat parti dan pertukaran kerajaan selepas PRU masih berlaku.

“Senario itu berbeza dengan suasana PRU14 di mana indikasi keterujaan pengundi bukan Melayu untuk balik mengundi sudah jelas kelihatan sebelum Parlimen terbubar lagi,” ujarnya kepada Sinar Premium.



Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kemungkinan berulangnya tsunami pengundi yang tinggal di luar negara dan daerah mengundi, berpusu-pusu komited untuk pulang mengundi pada PRU15 sebagaimana berlaku pada PRU14.

 

Disyorkan artikel berkaitan ini:

 

Keterujaan pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina untuk pulang mengundi pada PRU15 dilihat masih kurang memberangsangkan berbanding PRU14.
Keterujaan pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina untuk pulang mengundi pada PRU15 dilihat masih kurang memberangsangkan berbanding PRU14.

 



Pada PRU14, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kadar peratusan keluar mengundi mencecah 83 peratus, antara tertinggi dalam sejarah pelaksanaan pilihan raya dan menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama.

Berdasarkan data SPR, jumlah keseluruhan pengundi berdaftar adalah 21.17 juta dengan komposisi pengundi mengikut kaum adalah Melayu (62.7 peratus), Cina (28.4 peratus), India (8.6 peratus) dan lain-lain (0.16 peratus).

Dari sudut keterujaan pengundi membuat tempahan tiket pengangkutan awam lebih awal untuk pulang mengundi, Yun Fah mengakui pihaknya belum mendengar desas-desus pengundi bukan Melayu yang bekerja di luar negeri dan daerah mengundi, bersemangat membuat tempahan tiket lebih awal semata-mata untuk tujuan mengundi.

Dedahnya, berbeza dengan fenomena PRU14, tiada tanda-tanda pengundi Cina yang sudah mengambil inisiatif menyewa puluhan bas untuk pulang mengundi dari negara jiran seperti Singapura.



Jumlah calon PRU15 mengikut jantina.
Jumlah calon PRU15 mengikut jantina.

 

“Satu lagi faktor keinginan mereka untuk pulang mengundi tidak tinggi disebabkan ketiadaan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri-negeri dikuasai pembangkang menyebabkan keputusan itu dipersoalkan.

“Mereka berasa beban untuk mengundi dua kali di peringkat penentuan kerajaan Pusat dan negeri secara berasingan dalam tempoh waktu terdekat.

“Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah pada pusingan kedua kempen minggu ini,” kata Yun Fah.



Berikutan itu, Yun Fah menegaskan semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik sendiri yang menggalakkan kempen memujuk pengundi PRU15 untuk keluar mengundi pada 19 November ini.

“Bagi saya, paling penting untuk memujuk pengundi bukan Melayu atas pagar yang dianggarkan meliputi 11 peratus agar keluar mengundi kerana kelompok ini mungkin mengambil tindakan drastik untuk tidak mengundi.

“Selain itu, parti-parti politik perlu mengambil inisiatif menyediakan kemudahan logistik terhadap keseluruhan pengundi kawasan daerah mengundi masing-masing dan tidak terlalu tertumpu kepada pengundi tegar semata-mata,” tegasnya lagi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ā€˜ditarbiahā€™ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker