SC gantung lesen DDNK

SC gantung lesen DDNK

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2022.

Menurut pihak pengurusan IPAM, ketika ini, ia sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana.



IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.

“Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.

“Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda,” katanya dalam satu kenyataan. HM

SC gantung lesen DDNK




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker