PRN Melaka: Perbincangan agihan kerusi BN, PN terus berjalan

PRN Melaka: Perbincangan agihan kerusi BN, PN terus berjalan

Perbincangan mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih berjalan antara tiga parti iaitu UMNO, PAS dan BERSATU.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan PAS tetap akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan terus cuba mengelak pertandingan tiga penjuru yang merugikan semua pihak.



Beliau berkata, PAS sebagai komponen PN sudah pasti bertanding atas tiket parti itu.

“Sama seperti UMNO, mereka tidak bertanding atas tiket UMNO, sebaliknya atas tiket Barisan Nasional (BN).

“Kali terakhir kita berunding semalam dan perbincangan tiga parti kini bergantung kepada keputusan UMNO untuk berkompromi atau sebaliknya.

“Jika mereka mahu berkompromi, itu jalan terbaik kepada BN dan PN dan jika sebaliknya kita hadapi apa saja kemungkinan,” katanya kepada BH ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan tiga parti berhubung pengagihan kerusi pada PRN Melaka.



Sebelum ini, Tuan Ibrahim menegaskan soal permuafakatan UMNO, PAS dan BERSATU dalam menghadapi PRN Melaka lebih utama berbanding perebutan kerusi.

Kelmarin, PAS Melaka menyatakan bersedia menarik diri jika pertandingan di satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku pertandingan tiga penjuru.

Pesuruhjayanya, Datuk Kamarudin Sidek, dilaporkan berkata meskipun akur dengan keputusan penggunaan logo PN pada PRN Melaka, pihaknya tetap berusaha memastikan tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Tuan Ibrahim berkata, selagi boleh PAS cuba meminimumkan risiko pertembungan tiga penjuru.



“Seperti yang pernah dipersetujui PAS, kita tidak akan sesekali bertanding di kerusi milik UMNO dan BERSATU.

“Kerusi dimenangi UMNO pada pilihan raya lalu tetap akan menjadi milik mereka, kita sudah arahkan ahli PAS sokong, begitu juga kerusi BERSATU. Bagi kerusi kes lompat parti, kita anggap ia milik pemegang kerusi sedia ada, tetapi dengan syarat kompromi untuk beri kerusi lain kepada parti asal yang bertanding,” katanya.

Ditanya kenyataan Kamarudin parti itu akan menarik diri jika berlaku persaingan tiga penjuru, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu tidak timbul.

“Isu tarik diri tidak timbul jika kita boleh kompromi ketiga-tiga parti. Kalau tidak boleh kompromi, PAS sudah ada beberapa kerusi dikenal pasti untuk kita bertanding dan ia bukan milik UMNO atau BERSATU,” katanya.



Mengenai Muafakat Nasional (MN) dengan tindakan PAS bertanding atas tiket PN, beliau berkata, MN tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai parti politik.

“Jadi tidak timbul isu. Apabila menghadapi pilihan raya kita akan pergi kepada blok yang berdaftar dengan SPR. Sekarang ini PN dan BN yang berdaftar, manakala MN tidak berdaftar dengan SPR dan ia hanya gerakan penyatuan ummah,” katanya. BH

PRN Melaka: Perbincangan agihan kerusi BN, PN terus berjalan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker