Kes DD Chronicle dirujuk ke Peguam Negara – KPN

Sindir batal enakmen syariah Kelantan

Kes DD Chronicle dirujuk ke Peguam Negara – KPN

Kertas siasatan ke atas pempengaruh pro PN, Dd Chronicle yang didakwa mempersenda keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, esok.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata polis selesai merakam keterangan personaliti yang nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, di Bukit Aman, Khamis lalu.



“Rakaman percakapan suspek sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 10.15 pagi, Khamis lalu.

“Siasatan berkait kes ini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya menurut Berita Harian.

Video parodi Dd Chronicle berdurasi tiga minit 55 saat mencetuskan kontroversi dengan skrip menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi, tidak akan dikenakan hukuman.

Bagaimanapun, video itu dipadam sendiri Dd Chronicle selepas menyedari ia menimbulkan polemik.



Mengulas lanjut, Razarudin berkata setakat 8 pagi hari ini, sebanyak 49 laporan polis diterima pihaknya terhadap Dd Chronicle di seluruh negara.

Menurutnya, aduan tertinggi dicatatkan di Johor dengan 12 laporan, Pahang (lima), manakala masing-masing empat di ibu negara, Melaka, Perak, dan Selangor dan masing-masing tiga di Sabah, Kelantan, dan Kedah.

“Selain itu, masing-masing dua laporan di Negeri Sembilan dan Terengganu serta masing-masing satu di Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak,” katanya. FMT

Kes DD Chronicle dirujuk ke Peguam Negara – KPN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker