Conteng ‘terrorist’ pada tembok Kedutaan AS, jurutera didenda RM1,000

Conteng ‘terrorist’ pada tembok Kedutaan AS, jurutera didenda RM1,000

GARA-gara ingin melepaskan rasa tidak puas hati dengan isu konflik Palestin-Israel, seorang jurutera projek didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan khianat di Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), hujung bulan lalu.

Majistret Chai Wong Sia mengenakan hukuman denda itu selepas tertuduh, Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 22, mengaku bersalah.



Pemuda itu turut diarahkan agar menjalani hukuman penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Menurut kertas pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan khianat dengan merosakkan harta benda kepunyaan Kedutaan Besar AS dengan cara menconteng perkataan ‘terrorist’ menggunakan penyembur cat berwarna merah sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM200.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tembok luar bahagian utara bangunan kedutaan besar itu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 pagi pada 28 Oktober lalu.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Terdahulu peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab memohon agar anak guamnya itu dikecualikan daripada hukuman penjara dan sekadar dikenakan denda yang minimum.

Katanya, rayuan itu adalah memandangkan dia menanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal serta neneknya yang berusia 70 tahun.

“Tertuduh berasa tidak puas hati dengan perkembangan konflik di Palestin dan telah melakukan kesalahan itu bagi menyampai mesej pandangan peribadi tertuduh kepada kedutaan itu, bukan mahu menyebabkan kerugian.

“Tertuduh juga telah mengambil iktibar dan pengajaran serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Tertuduh mohon agar diberikan peluang kedua dengan hukuman denda minimum dan dikecualikan hukuman penjara,” katanya.



Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh. Utv

Conteng ‘terrorist’ pada tembok Kedutaan AS, jurutera didenda RM1,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker