Penduduk terpaksa angkut air dari kandang lembu

Penduduk terpaksa angkut air dari kandang lembu

GURUN: Kira-kira 200 penduduk Kampung Batu Lapan di sini, berdepan masalah gangguan bekalan air sejak 20 tahun lalu, sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

Aishah Wahab, 70, berkata bekalan air rumahnya sering terputus atau perlahan berikutan sistem saliran ke kawasan itu tidak cukup untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.



Katanya, gangguan bekalan berlaku hampir setiap minggu menyebabkan penduduk terpaksa menahan air hujan dan mengambil air boring dari kandang lembu yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

“Apabila bekalan air ada, ia terlalu perlahan, kadang-kadang air hanya akan laju pada tengah malam.

“Memang susah hendak membasuh pakaian dan masak, cucu pula masih kecil, hendak basuh najis mereka susah. Menantu saya terpaksa berulang-alik angkut air boring dari kandang lembu, jika hujan kami akan tadah untuk kegunaan harian,” katanya yang mempunyai 20 cucu dan cicit.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, masalah bekalan air itu turut menyebabkan penduduk terpaksa memohon bantuan kem tentera berdekatan untuk menghantar bekalan air, terutama ketika ada kematian.



“Kami terpaksa minta tolong pihak tentera jika hendak mandi jenazah, mereka akan hantar air ke sini, sekiranya hendak buat kenduri, kami perlu maklumkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) supaya mereka hantar air dengan lori,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azizah Husin, 68, berkata ketika dia mula tinggal di kampung itu hampir 30 tahun lalu, bekalan air diterima dengan baik sehingga lebih banyak rumah dibina, gangguan bekalan air sering terganggu.

“Selalunya apabila waktu Subuh bekalan air akan terputus, empat cucu saya akan ke sekolah, mereka hanya akan mandi dengan air yang anak saya simpan, jika bekalan air ada airnya sangat perlahan.

“Kami hanya guna air ikut keperluan, sekarang musim hujan, masih boleh tadah air hujan, sekiranya musim kemarau keadaan kami akan bertambah teruk.



“Jika tetamu datang kami memang susah hati, hendak masak, mandi pun terhad. Saya harap pihak SADA dan kerajaan dapat tukar saliran (paip) air di sini, sudah tidak sesuai dengan rumah penduduk yang semakin banyak,” katanya yang juga ibu tunggal. BH

Penduduk terpaksa angkut air dari kandang lembu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker