Peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy 

Hala kemaluan ke arah kamera, suka tonton porno sambil onani

Peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy 

Peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy 
Sikap buruk Matty membuatkan peminat Taylor meluat.

SEMENJAK mengesahkan percintaan dengan penyanyi Taylor Swift, vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy menjadi perhatian peminat.

Ramai dalam kalangan penggemar Taylor, 33, tidak berpuas hati penyanyi kesayangan mereka menjalinkan hubungan cinta dengan Matty yang disifatkan sebagai lelaki bermasalah.

Ia berikutan pengakuan Matty sebelum ini yang pernah menonton video lucah yang merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani.



 

Peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy 
Matty dan Taylor sedang mabuk cinta.

Matty juga terkenal dengan gaya selambanya yang suka meludah ketika membuat persembahan nyanyian.

Tidak cukup dengan itu, Matty juga pernah beraksi liar di atas pentas apabila bertindak menghalakan alat sulitnya ke arah kamera pasukan produksi konsert.

Selain itu, penyanyi itu juga sering menjadi perhatian ekoran sikap pelik yang menjengkelkan dan dianggap selekeh seperti memiliki gigi berona kekuningan dipercayai kerana tabiat merokok dan minum alkohol.



Sikap buruk itu membuatkan peminat tidak percaya Matty dapat membahagiakan Taylor dan mendesak pelantun lagu Blank Space itu meninggalkannya.

Untuk rekod, Taylor baru sahaja mengumumkan perpisahan dengan teman lelakinya yang juga aktor Joe Alwin beberapa minggu sebelum dilihat keluar berdua dengan Matty.


Baca Artikel Menarik:

Anak sahkan Zainal Abidin dan Fyna Jebat sudah cerai




Pasangan itu sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dalam perkembangan lain, The 1975 bakal membuat persembahan menerusi Good Vibe Festival yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

 

Peminat gesa Taylor Swift tinggalkan Matty Healy


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker