Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran

Pemilik tanah di kompaun oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebanyak RM50,000  kerana memajukan tanah di Bukit Baru, Melaka tanpa kebenaran pada Selasa.

Yang Dipertua MPHTJ, Shadan Othman berkata, hasil pemantauan pihaknya, pemilik tanah itu dipanggil dan mengakui kerja tanah dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu sejak seminggu lalu.

“Kita mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada pemilik tanah mengikut Akta Jalan dan Parit Bangunan 1974,” katanya ketika dihubungi Berita Harian pada Rabu.



Beliau berkata, kompaun itu dikeluarkan sebagai tindakan awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sebelum sebarang kerja tanah dimulakan, katanya, kebenaran perlu diperolehi daripada MPHTJ, tidak kira untuk meratakan atau mengubah struktur tanah.

“Jika lokasinya di cerun, ia boleh menyebabkan tanah runtuh, sekiranya kerja memajukan tanah itu oleh pemilik tanah tidak dilakukan dengan betul.”

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana



Pemilik tanah dikompaun RM50,000 majukan tanah tanpa kebenaran


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam



 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker