Wanita ditahan buat tuntutan palsu lebih RM200,000 bagi Penjana

Wanita ditahan buat tuntutan palsu lebih RM200,000 bagi Penjana

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu lebih RM200,000.

Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan, kira-kira 10 pagi tadi.



“Difahamkan, individu tersebut bertugas di sebuah syarikat swasta, telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Borang Pengesahan Pekerja secara dalam talian yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

“Ia (dipercayai) bagi melaksanakan ‘Program Insentif Pengambilan Pekerja’, sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata, wanita tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM.
FMT



Wanita ditahan buat tuntutan palsu lebih RM200,000 bagi Penjana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker