Kami tak terima katak Bersatu wakili BN – Pemuda Umno Kota Tinggi

Kami tak terima katak Bersatu wakili BN – Pemuda Umno Kota Tinggi

Pemuda Umno Kota Tinggi tidak akan menerima “katak” mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Ketua Pemudanya, Johan Azam Mohd Yasin berkata, ia susulan kedengaran tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai semula Umno.



Beliau berkata, mereka ialah Rosleli Jahari bekas ADUN Johor Lama dan Rasman Ithnain (Sedili) dan tindakan itu tidak lain bertujuan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Mereka mahu menggunakan Umno sebagai medan perjuangan mereka dan kami (Pemuda Umno Kota Tinggi) tidak akan sesekali menyokong mereka mewakili BN pada PRN nanti.

“Pemuda Umno Kota Tinggi tidak akan sesekali menyokong ‘katak politik’ yang tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan. Mereka ini tidak layak mendapat tempat lagi dalam parti keramat ini,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, pemimpin yang layak disokong ialah mereka yang setia kepada parti dalam apa jua keadaan sekalipun, bukannya berpaling dari medan perjuangan sehingga sanggup menggadaikan maruah demi kuasa dan harta.



Justeru beliau berharap kepimpinan Umno Bahagian Kota Tinggi, negeri mahupun pusat meneliti perkara itu dan membuat keputusan tepat dalam meletakkan calon yang layak bagi mempertahankan kerusi tradisi BN.

Selain Rosleli dan Rasman, seorang lagi ADUN Umno yang turut “melompat” ke Bersatu selepas BN tumbang pada pilihan raya umum lalu ialah Alwiyah Talib di DUN Sedili.

Pada PRN lalu, BN menang 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 36 kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala PAS hanya menang di DUN Bukit Pasir.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, ketiga-tiga bekas ADUN Umno itu mengumumkan keluar parti dan menyertai Bersatu. FMT



Kami tak terima katak Bersatu wakili BN – Pemuda Umno Kota Tinggi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker