Muhyiddin tak pernah hadir mesyuarat pimpinan negeri – Mazlan

Muhyiddin tak pernah hadir mesyuarat pimpinan negeri – Mazlan

JOHOR BAHRU: Memendam rasa terhadap sikap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang keluar parti.

Mazlan mendakwa, beliau terasa hati dengan tindak tanduk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang tidak pernah hadir atau menghantar wakil dalam mesyuarat pimpinan negeri ketika beliau menjadi Pengerusi BERSATU Johor.



“Saya sebenarnya tak mahu komen hal dalaman BERSATU dan tak suka memburuk-burukkan orang namun sudah lama berdiam diri. Bagaimanapun apabila ada pemimpin (BERSATU) mengeluarkan kenyataan, saya perlu mempertahan diri sendiri.

“Selama saya dilantik sebagai Pengerusi BERSATU negeri dengan surat lantikan Muhyiddin sendiri, saya diboikot dan tak pernah BERSATU Bahagian Pagoh hantar wakil dalam mesyuarat pimpinan negeri.

“Namun apabila jawatan saya diambil Muhyiddin, perlu ke saya hadir untuk menghormatinya sedangkan beliau tak pernah hormati saya.

“Perlantikan saya beliau sendiri yang tandatangani tapi kenapa perlu boikot, namun bila saya hanya Ketua Bahagian Tebrau, saya ‘gentleman’, saya hantar Timbalan serta Setiausaha bahagian sebagai wakil untuk tahu apa perkembangan dalam BERSATU.



“Mengapa pula ketidakhadiran saya pula dijadikan alasan pula,” katanya pada sidang media khas di Kompleks Yayasan Warisan Johor, hari ini.

Mazlan mengulas kenyataan Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri, yang mendakwa pemimpin itu tidak pernah hadir ke Mesyuarat Ketua Bahagian BERSATU Johor.

Sebelum ini desas-desus mengatakan Mazlan bakal meninggalkan BERSATU hangat diperkatakan sejak lebih sebulan lalu termasuk dakwaan beliau akan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas bagi memberi laluan PRN Johor diadakan, namun ia dinafikannya.

Mazlan hari ini meletak jawatan Ketua BERSATU Bahagian Tebrau sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta tetapi tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).



Pada 8 September 2020, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan beberapa lantikan baharu yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU termasuk Muhyiddin yang dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Johor, menggantikan Mazlan yang dilantik pada 25 Mei 2019.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, beliau akan menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Tebrau dan ahli BERSATU dalam masa terdekat.

Mazlan turut tidak menafikan menerima beberapa tawaran menyertai parti politik lain namun menegaskan hubungannya dengan rakan dalam BERSATU serta Pakatan Harapan (PH) tetap baik. BH

Muhyiddin tak pernah hadir mesyuarat pimpinan negeri – Mazlan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker