Lelaki maut atas bumbung kereta selepas dilanggar

Lelaki maut atas bumbung kereta selepas dilanggar

Seorang lelaki maut dalam keadaan terbaring atas bumbung kereta akibat nahas, selepas dilanggar kenderaan jenis Proton Perdana, dalam kejadian di Kilometer 1.3, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), dekat Sepang, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dipercayai warga India ditemui tanpa dokumen pengenalan diri mati serta merta di lokasi kejadian akibat impak kuat.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang Md Noor Aehwan Mohammad, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Perdana yang melanggar pejalan kaki terbabit.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu di lorong kanan itu, terlanggar mangsa yang melintas jalan secara mendadak,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting ke atas bumbung kenderaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Lelaki maut atas bumbung kereta selepas dilanggar

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker