Kenapa Mazlan tak bawa 200 ribu orang keluar – Muhyiddin

Kenapa Mazlan tak bawa 200 ribu orang keluar – Muhyiddin

Tindakan Ketua Bersatu bahagian Tebrau, Mazlan Bujang yang mengumumkan untuk keluar parti hari ini tidak akan menjejaskan parti berkenaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Malah menurutnya, tindakan Mazlan tidak memberi apa-apa kesan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sudah pun terbubar.



“Mana maruah dia, mengapa dia bersikap begitu dan baru sekarang hendak cakap soal itu ini. Boleh jadi dia sudah tahu tidak akan menjadi calon mungkin.

“Dia nak masuk Umno? Dia fikir Umno akan calonkan dia? Bagi saya apa yang dia buat sudah tidak penting kerana kalau dia cakap awal-awal sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar, itu cerita lain.

“Sekarang ini sudah tidak jadi apa dan hanya tinggal sejarah sahaja lah. Dia nak keluar dan bawa dua orang (Adun)? Kenapa tidak 200,000 orang?” katanya yang dipetik portal Berita Harian hari ini.

Muhyiddin mengulas tindakan Mazlan yang juga Adun Puteri Wangsa yang melepaskan jawatan dalam parti serta-merta dan memberi sokongan kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.



Muhyiddin juga dipetik sebagai berkata, Mazlan sepatutnya tidak mengambil langkah berkenaan kerana bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor itu juga memegang jawatan exco dalam kerajaan negeri.

“Kita ini bukan pendendam tetapi wajarnya beliau yang duduk sebagai exco dalam kerajaan kononnya atas nama Bersatu memikirkan di manakah pendirian dia.

“Dia perlu memikirkan apakah langkah diambil itu tidak dianggap sebagai musuh dalam selimut,” katanya.

Mazalan dalam pengumumannya berkata tindakannya adalah untuk memastikan kestabilan politik dan masa depan yang lebih baik untuk Johor.



Mazlan dilantik sebagai Ketua Bersatu Johor pada 2019. Tujuh belas bulan kemudian, dia mengosongkan jawatan itu yang diambil alih oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Hasni kemudian melantik Mazlan dalam kabinetnya, antara Mac 2020 hingga awal bulan ini.

Mazlan pada sidang akhbarnya juga mendakwa ketua setiausaha Bersatu bahagian Tebrau dan 23 ketua cawangan akan keluar parti. Mk

Kenapa Mazlan tak bawa 200 ribu orang keluar – Muhyiddin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker