Ikut zaman, Pak Nil leka ‘layan’ TikTok

KUALA LUMPUR: Menjelang November depan, usia pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi bakal mencecah 60 tahun.

Namun, jika dilihat dari segi gaya, penampilan dan mentaliti Aznil yang mesra disapa ‘Pak Nil’, dirinya tampak muda dan relevan.

Semuanya atas kesanggupan Pak Nil mencuba pelbagai perkara yang menjadi kecenderungan semasa termasuk ‘bermain’ dengan media sosial.



Meraih trofi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak 10 kali dari 2003 hingga 2010, Pak Nil aktif memanfaatkan media sosial termasuk aplikasi seperti TikTok yang menjadi kegilaan ramai sekarang.

Pak Nil tidak pernah menganggap usia sebagai penghalang untuk mencuba platform digital untuk berkomunikasi dengan peminat.

“Saya tidak pernah cuba menari di TikTok biarpun menjadi antara kemestian pengguna platform itu sekarang. Hakikatnya, tanpa TikTok sekalipun, saya tidak pandai menari. Jadi, kita cuba teroka kaedah yang boleh dilakukan dengan mudah. Misalnya, kalau pandai pantun, berpantunlah. Kalau pandai memasak, buatlah.

“Kandungan di platform TikTok ada macam-macam. Ada yang aneh bercakap dengan kambing pun ada. Namun, apa yang saya buat biarlah sesuai dengan usia dan diri,” katanya pada majlis memeterai perjanjian sebagai duta jenama barangan dapur dan kelengkapan rumah, Nakada, di ibu negara, baru-baru ini.



 

Pak Nil habiskan masa yang lama di TikTok kerana tertarik dengan kebanyakan kandungan dikongsi pengguna lain. - Foto IG Aznil Nawawi
Pak Nil habiskan masa yang lama di TikTok kerana tertarik dengan kebanyakan kandungan dikongsi pengguna lain. – Foto IG Aznil Nawawi

Pak Nil yang mengumpul lebih 114,000 pengikut TikTok berharap kandungan positif yang dikongsi menjadi inspirasi kepada orang ramai.

“Ada ketikanya, saya habiskan masa yang lama di TikTok kerana tertarik dengan kebanyakan kandungan dikongsi pengguna lain.

“Kalau buat siaran langsung, misalnya saya berbual dengan pengikut sambil berlari atas ‘treadmill’. Tak sedar masa berlalu begitu saja. Apabila sedar, sudah sejam saya bersembang dan bersenam,” katanya yang turut dipuji pengikut muda atas daya tahannya bersenam dan berbual sepanjang sesi ‘live’ itu.



Sementara itu, mengulas mengenai kehidupan peribadi, Pak Nil mengakui sudah betah menjadi bapa tunggal sejak 25 tahun lalu.

Malah, Pak Nil yang memiliki tiga anak iaitu Fildza Haifa, 32, Fariq Haizen, 27, dan Firdaus Hariz, 13, tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan sekarang.

Baginya, apa yang lebih utama adalah meneruskan kehidupan dan survival termasuk melunaskan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Anak-anak tidak pernah bertanya fasal jodoh. Mereka tahu dan selalu nampak Papa asyik sibuk. Anak sulung saya juga sibuk dengan kerjayanya,” katanya yang mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri.



Pak Nil berkata, seperti orang lain, dia mendidik anak agar menghormati golongan lebih berusia.

“Saya didik mereka hormat orang tua. Saya ajar anak-anak agar bijak buat keputusan sendiri dengan betul. Saya sedar mereka hidup dalam era berbeza. Ada perkara mereka tempuhi, saya tidak lalui. Paling penting, dalam setiap langkah, saya ingatkan mereka agar berfikir panjang,” katanya.

Ikut zaman, Pak Nil leka ‘layan’ TikTok


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker