Bunuh rakan masak tak sedap, pekerja ladang dipenjara 22 tahun

Bunuh rakan masak tak sedap, pekerja ladang dipenjara 22 tahun

Seorang pekerja ladang yang menyebabkan kematian rakan serumahnya kerana masakan tidak sedap hari ini terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara selama 22 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Kamaludin Md Said, P Ravinthran dan Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Rosli Naqur Gani untuk mengurangkan pertuduhan terhadapnya daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat.



Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa menyebabkan kematian R Devadas, 60, di sebuah rumah tidak bernombor di Estet Getah Chuan Leng, Bellengu Halt, Mentakab, Pahang antara 1.50 hingga 11.50 pagi pada 17 April 2017.

Dia diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu 17 April 2017.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati berdasarkan bukti, sabitan ke atas Rosli adalah tidak selamat.

Kamaludin, yang mengetuai panel itu, dalam penghakimannya berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbang keseluruhan pembelaan Rosli bahawa dia telah diprovok.



Rosli dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Okt 2019 selepas didapati bersalah membunuh Devadas.

Mengikut keterangan di mahkamah, Rosli dan Devadas selalu bergaduh kerana tertuduh tidak menyukai masakan mangsa manakala si mati turut menuduh Rosli tidak menyimpan makanan untuknya.

Kedua-duanya tinggal bersama seorang lagi pekerja di sebuah rumah yang disediakan oleh majikan mereka.

Terdahulu, peguam S Sundarajan, yang mewakili Rosli, berhujah bahawa berlaku pergaduhan selepas mangsa memprovok tertuduh dan kedua-duanya mabuk ketika itu.



Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula memohon mahkamah agar mengenakan hukuman penjara maksimum 30 ke atas tertuduh kerana mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang rusuk selepas diserang dengan kayu dan parang. FMT

Bunuh rakan masak tak sedap, pekerja ladang dipenjara 22 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker