Program Jom Ziarah Gereja sah batal!

KLANG: Program Jom Ziarah Gereja di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes di sini, hari ini sah dibatalkan susulan penetapan dan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan gereja itu lengang tanpa sebarang kehadiran peserta program terutama belia beragama Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, agensi di bawah KBS itu akur sepenuhnya dengan arahan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.



“Program itu sah dibatalkan susulan penggulungan Menteri di Parlimen, baru-baru ini. Tiada sesiapa menghadirinya termasuk belia Islam dan penganjuran program seumpama ini diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan mendapati wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor turut menjalankan pemantauan di gereja tersebut.

Kelmarin akhbar ini melaporkan penganjuran program bagi memujuk atau mempengaruhi umat Islam cenderung kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan, perkara itu merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.



Kerajaan Selangor turut melarang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri ini dan perlu mengikuti garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Terdahulu, Hannah di Parlimen menyatakan bahawa program Jom Ziarah telah ditukar dan dihadkan hanya kepada belia bukan Islam.

Isu itu timbul susulan penyebaran iklan dan risalah mengenai ‘Projek Artikel 11 Jom Ziarah’ anjuran Impact Malaysia yang terbuka kepada belia bagi mengetahui lebih lanjut pelbagai agama lain

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker