Peguam negara tak adil hanya dakwa Zahid, kata peguam

Peguam negara tak adil hanya dakwa Zahid, kata peguam

Pihak pembelaan mendakwa Ahmad Zahid Hamidi dikenakan pendakwaan terpilih atas 40 pertuduhan rasuah dihadapinya ketika beliau menjadi menteri dalam negeri.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, pendakwa raya yang juga peguam negara bertindak secara tidak adil dan mencabul hak Zahid untuk perbicaraan yang adil dan perlindungan sama rata bagi setiap rakyat bawah undang-undang.



“Menurut dua saksi pendakwaan, wang diterima Zahid adalah derma politik. Mengapa mendakwa dia (hanya) sedangkan orang lain tidak,” katanya dalam hujahnya pada penutupan kes pendakwaan.

Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee dan bekas pengurus pentadbiran David Tan telah memberi keterangan ketika pemeriksaan balas bahawa wang yang diserahkan kepada Zahid adalah sumbangan politik.

Mereka menamakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal, bekas menteri luar Anifah Aman, bekas menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican sebagai penerima wang secara langsung atau melalui proksi daripada UKSB.

Mereka juga telah mengenal pasti Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, bekas menteri pengangkutan Chan Kong Choy dan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Ka Chuan sebagai penerima dana daripada UKSB.



Bagaimanapun, semua mereka mengeluarkan kenyataan media menafikan keterangan Lee dan Tan di mahkamah.

Hisyam menyatakan bahawa orang ramai turut mempersoalkan mengapa pendakwa raya menyelamatkan ahli politik ini daripada menghadapi pertuduhan jenayah.

“Pendakwa raya mesti menghormati hak untuk perbicaraan adil di bawah Perkara 5 dan perlindungan sama rata yang diberikan kepada warganegara di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambah Hisyam, derma politik bukanlah satu kesalahan, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti apabila membebaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.



Bendahari Umno itu dikatakan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong untuk digunakan untuk dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.

Hisyam berkata, Lee, Tan dan seorang lagi pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani adalah “tidak boleh dipercayai, tidak jujur dan tidak mempunyai kredibiliti”.

“Mereka adalah rakan sejenayah di tahap tertinggi. Mereka tidak mempunyai kredibiliti kerana terdapat percanggahan yang wujud dalam bukti mereka,” tambahnya.

Sebagai contoh katanya, Lee dan Tan memberi keterangan di bawah pemeriksaan balas bahawa wang yang diberikan kepada Zahid adalah semata-mata derma politik tetapi Wan Quoris tidak bersetuju.



Hisyam berkata, ketiga-tiga mereka telah melakukan jenayah pecah amanah, rasuah, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan gagal mendedahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai wang yang datang dari Hong Kong.

“Kesimpulannya, pihak pembelaan menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie dan Zahid harus dibebaskan kerana pendakwaan terpilih dan kerana saksi utama tidak boleh dipercayai,” tambahnya.

Pihak pendakwaan akan menangkis hujah pembelaan pada Isnin di hadapan hakim perbicaraan Yazid Mustafa.

Zahid, presiden Umno dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai menteri dalam negeri ketika itu untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali pusat sehenti di China dan Sistem Visa Asing (VLN) serta mengekalkan perjanjian kontrak untuk pembekalan sistem bersepadu VLN.



Dia juga didakwa atas tujuh lagi pertuduhan memperoleh untuk dirinya sendiri S$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan USD15,000 daripada syarikat yang sama berhubung tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya, dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018. FMT

Peguam negara tak adil hanya dakwa Zahid, kata peguam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker