Waqaf Felda raih sumbangan RM25.63 juta: Idris

Waqaf Felda raih sumbangan RM25.63 juta: Idris

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM25.63 juta hasil sumbangan peneroka, ahli-ahlinya dan beberapa agensi di bawahnya menerusi Waqaf Felda.

Pengerusi Waqaf Felda, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan demikian pada Mesyuarat Agung kali pertama institusi itu selepas ia ditubuhkan sejak 12 November tahun lepas.



Idris berkata, kutipan sebanyak RM7.03 juta telah diperoleh daripada sumbangan peneroka dan petugas selain daripada beberapa agensi lain.

“Waqaf Felda sebelum ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100 juta… namun Alhamdulillah hari ini kita telah menerima sehingga RM25.63 juta” katanya pada ucaptama Mesyuarat Agung Waqaf Felda hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata, sumbangan daripada agensi antaranya Felda sebanyak RM10 juta, FGV Holdings Bhd (FGV) RM5 juta dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) sebanyak RM1 juta.

Idris berkata, bagi meningkatkan jumlah kutipan dana beliau mencadangkan agar 3 peratus daripada pendapatan agensi-agensi yang berkaitan turut sama menyumbang ke dalam waqaf itu.



“Hal ini kerana ia akan dimanfaatkan untuk beberapa aspek seperti kebajikan komuniti Felda, merangsangkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata, Waqaf Felda menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM100 juta, dan RM50 juta adalah daripada warga keluarga peneroka Felda. Sinar

Waqaf Felda raih sumbangan RM25.63 juta: Idris


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker