PRK Kuala Kubu Baharu: Akar umbi mahu Bersatu berani letak calon Melayu

Bersatu Hulu Selangor mendakwa majoriti pengundi di Kuala Kubu Baharu mahu Perikatan Nasional (PN) diwakili calon Melayu pada PRK 11 Mei ini.

Pemangku ketuanya Khairul Azhari Saut berkata kajian di lapangan jentera Bersatu mendapati gelombang PN yang menawan majoriti kawasan utara Selangor pada PRN Ogos lalu kian merebak ke Kuala Kubu Baharu.

Parlimen Hulu Selangor dan dua DUN di bawahnya – Hulu Bernam dan Batang Kali – dimenangi PN pada PRU15 dan PRN lalu, manakala Kuala Kubu Baharu kekal milik DAP sejak 2013.



“Kalau kita lihat keadaan semasa memang pengaruh kalau diletakkan calon Melayu agak signifikan dengan apa yang berlaku sekarang (peralihan pengundi Melayu kepada PN), yang tu kita lihat (di lapangan).

“Sebagai pimpinan di peringkat bawah, kita suarakan pendapat berpandukan ‘survei’ yang kita buat di bawah,” kata Khairul kepada FMT, mengulas pertemuan beliau dan kepimpinan Bersatu Bahagian Hulu Selangor bersama Setiausaha Agung Hamzah Zainudin semalam.

“Kita dah buat kerja kita, kita dah buat ziarah dan apa saja respons daripada pengundi di bawah kita sudah ajukan (kepada parti) dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tentukan (siapa calon).”

Bagaimanapun, Khairul berkata mereka akan akur dengan pemilihan calon dari mana-mana komponen PN yang ditentukan pimpinan, dan akan tetap berkempen memenangkannya.



“Apa saja keputusan yang dibuat kita di bawah sebagai akar umbi harus akur. Itu atas prinsip berparti… yang penting siapa saja calon mewakili PN nak bertanding kita nak menang.”

Awal bulan lalu, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata parti itu mempunyai kelebihan jika dibenarkan mewakili PN pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Pada PRN lalu, Ketua Gerakan Selangor Henry Teoh yang bertanding di kerusi itu tewas kepada penyandangnya Lee Kee Hiong dari DAP dengan majoriti 4,119 undi.

Lee, wakil rakyat tiga penggal DUN Kuala Kubu Baharu meninggal dunia akibat kanser pada 21 Mac lalu.



Seramai 40,226 layak pada PRK itu dengan pecahan 46% pengundi Melayu, Cina (30%), India (18%) and lain-lain (5%).

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker